HUBUNGI / WHATSAPP



KLIK BUTANG WHATSAPP
ATAU 

HUBUNGI 014-639 2686 (ARDI)

http://www.wasap.my/60146392686/NakMulaSimpanEmas 

Ar-Rahnu @ Pajak Gadai

 

APA ITU AR-RAHNU?

Harga emas sentiasa naik dan turun hampir setiap masa tetapi berdasarkan sejarah harga emas sejak tahun 2000, kenaikan harga emas secara purata adalah sekitar 10% setahun.

Memandangkan akan ada 'spread' (susut nilai) dikenakan iaitu sekitar 6% ke 9% apabila ingin menjual emas, kerana itu emas hanya sesuai dijadikan sebagai 'long term saving' untuk kegunaan at least selepas 2 tahun dan ke atas.

Tapi, bagaimana pula sekiranya kita memerlukan wang tunai segera dalam tempoh kurang dari 2 tahun memandangkan harga jual emas mungkin lebih rendah berbanding kos pembelian emas berkenaan?

Yes!

Kerana itulah wujudnya Ar- Rahnu.

APA ITU ARRAHNU?

Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai islam yang berlandaskan prinsip syariah.

Ar-Rahnu menyediakan perkhidmatan pinjaman untuk jangkamasa pendek tanpa perlu menjual emas yang dimiliki.

Seperti mana pajak gadai konvensional, pinjaman diberikan sebagai tukaran bagi barang berharga yang dijadikan cagaran sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran pinjaman.

Bezanya, hanya emas dan barang kemas sahaja yang boleh digadai, tidak seperti pajak gadai konvensional yang menerima barangan lain seperti telefon bimbit dan lain lain.

PRINSIP SYARIAH DIGUNAPAKAI DALAM ARRAHNU

Sistem Arrahnu adalah berdasarkan kepada 3 konsep islam iaitu :

  • Qardhul Hasan - Peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam. Tiada faedah dikenakan atas pinjaman. 

  • Ar Rahnu dan Al-Wadi’ah - Peminjam perlu serahkan barang berharga sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman.

  • Al-Ujrah - Pemberi pinjaman dibenarkan untuk mengenakan bayaran (upah) bagi penyimpanan barang barang gadaian.

APAKAH KELEBIHAN ARRAHNU?

  • Tiada faedah (riba) yang terlibat.

    • Faedah atau riba adalah dilarang dalam islam. Caj yang dikenakan dalam pajak gadai arrahnu adalah upah yang perlu dibayar untuk tujuan penyimpanan emas yang digadai.


  • Emas kekal dalam pemilikan anda.

    • Harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang. Jika anda jual emas dimiliki, anda hilang hak ke atas emas berkenaan dan jika harganya naik, anda tidak akan mendapat keuntungan.


  • Notis lelong.

    • Jika anda gagal membayar balik pinjaman, arrahnu akan maklumkan kepada anda terlebih dahulu sebelum emas anda dilelong.


  • Lebihan akan dikembalikan.

    • Jika harga lelongan melebihi baki pinjaman anda, lebihan tersebut akan dikembalikan kepada anda dan anda tidak perlu membayar balik pinjaman yang tertunggak.

BAGAIMANA FUNGSI ARRAHNU?

Melalui Arrahnu, anda boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa memerlukan penjamin dan tidak perlu mengemukakan slip gaji.

Hanya emas atau barang kemas (tanpa batu permata) sahaja boleh digadaikan.


1. JUMLAH PINJAMAN :

  • Jumlah pinjaman yang akan anda terima bergantung kepada nilai semasa (marhum) emas anda dan kadar pinjaman yang ditetapkan oleh arrahnu pilihan anda.

  • Kebiasaannya, jumlah pinjaman adalah sekitar 65% hingga 80% dari nilai marhum emas anda bergantung kepada arrahnu mana yang anda gunakan.

  • Sebagai contoh, anda mengadaikan goldbar 10 gram ketika nilai semasanya RM3,600. Jika kadar pinjaman arrahnu berkenaan adalah 70%, anda akan menerima pinjaman maksima sebanyak RM2,520.

2. UPAH SIMPAN :

  • Kadar upah juga bergantung kepada arrahnu mana yang anda pilih untuk gadaikan emas.

  • Kebiasaannya, kadar upah adalah sekitar 0.7% hingga 1% (sebulan) dari nilai marhum.

  • Sebagai contoh, anda mengadaikan goldbar 10 gram ketika nilai semasanya RM3,600. Jika kadar upah arrahnu berkenaan adalah 1%, kadar upah akan dikenakan adalah sebanyak RM36 sebulan.

3. TEMPOH PINJAMAN :

  • Kebiasaannya, tempoh pinjaman diberikan adalah selama 6 bulan.

  • Jika anda gagal membayar dalam tempoh 6 bulan, Arrahnu akan tawarkan lanjutan tempoh pinjaman dengan syarat anda menyelesaikan dahulu semua upah simpan untuk 6 bulan terdahulu.

  • Tempoh lanjutan pinjaman bergantung kepada arrahnu yang anda pilih. Kebiasaannya sekitar 2 bulan ke 6 bulan tambahan.

4. KEGAGALAN MEMBAYAR BALIK PINJAMAN

  • Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman beserta upah simpan selepas habis tempoh lanjutan pinjaman, anda tidak perlu risau dikejar 'Debt Collector' seperti pinjaman duit yang lain.

  • Apa yang akan berlaku adalah emas yang anda gadaikan akan dilelong dan sebarang lebihan selepas ditolak jumlah tunggakan pinjaman dan upah simpan akan dikembalikan kepada anda.

TIPS PAJAK GADAI.

Walaupun pajak gadai arrahnu amat memudahkan urusan kita tapi jangan sesekali ambil mudah kerana hutang tetap hutang dan boleh menyebabkan kerugian jika tersalah langkah.


  • PINJAM SEKADAR PERLU

    • Sebagai contoh, jika anda memerlukan RM1,000 dan dengan menggadaikan emas, anda boleh menerima pinjaman maksima RM3,000. Jangan ambil kesemua RM3,000 berkenaan tetapi ambil sekadar perlu iaitu RM1,000.


  • LEBIH CEPAT BARANG GADAIAN DITEBUS, LEBIH JIMAT UPAH SIMPAN.

    • Walaupun anda diberi masa 6 bulan untuk selesaikan pinjaman, jika boleh diselesaikan lebih cepat, itu lebih baik.


  • GADAI EMAS DENGAN BERAT BERSESUAIAN.

    • Kadar upah simpan bulanan bergantung kepada berat emas. Makin berat emas, makin tinggi nilai marhum, semakin tinggi upah simpan.


  • GADAI EMAS DENGAN BERAT YANG RENDAH DAN DALAM SURAT GADAI BERBEZA.

    • Sebagai contoh, jika anda ingin gadaikan emas dengan jumlah berat 10 gram, gadai 10 keping goldbar 1gram dalam 10 surat gadai berbeza lebih baik berbanding gadaikan 1 keping goldbar 10 gram.

 
DI MANAKAN DISEDIAKAN PERKHIDMATAN PINJAMAN ARRAHNU?

Semua bank yang menawarkan perbankan islam di Malaysia ada menyediakan kemudahan Arrahnu.

Selain bank, terdapat juga syarikat bukan bank yang menyediakan kemudahan Arrahnu seperti Public Gold (melalui Koperasi Dagang Emas), Pos Malaysia Arrahnu, Koperasi Tentera, Arrahnu Express, Tekun Nasional dan Ar Rahnu Exchange.

ARRAHNU PUBLIC GOLD

Di Public Gold, kemudahan Arrahnu disediakan melalui anak syarikat iaitu Koperasi Dagang Emas (KDE).

Bagi emas fizikal yang berada dalam pegangan anda, anda boleh 'walk in' ke mana mana cawangan Public Gold terdekat.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak 65% dari nilai marhum dan upah simpan bulanan adalah 1% dari nilai marhum.

Tempoh pinjaman adalah selama 6 bulan dan boleh dilanjutkan selama 2 bulan.

Bagi emas yang disimpan melalui akaun emas GAP, anda tidak perlu keluarkan emas fizikal terlebih dahulu untuk tujuan pajak gadai.


Sebaliknya, anda boleh terus menggadaikan emas anda melalui applikasi di telefon bimbit anda dan duit akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Jumlah pinjaman yang ditawarkan bagi pajak gadai emas GAP adalah sebanyak 70% dari nilai marhum.

KESIMPULANNYA...

Bagi penyimpan emas berilmu, mereka akan cuba sebaik mungkin mengelakkan dari menjual emas yang mereka miliki kerana potensi kenaikan harga emas pada masa hadapan.


Jadi, sebelum anda mengambil keputusan untuk menjual emas, anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan kemudahan pajak gadai demi mengekalkan hak pemilikan ke atas emas anda.

Tapi, dalam situasi tertentu, jual emas adalah lebih baik daripada menggadaikan emas anda. Jadi, bagi membantu anda membuat keputusan yang terbaik, baca juga 'posting' di bawah



@


SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE

 


Pembelian secara bayaran bulanan selama 6 bulan (EPP6) atau 10 bulan (EPP10) jika ada promosi.

1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet besar. Dapat emas selepas habis bayar.
2. Sesuai untuk simpanan sendiri di rumah.
3. Mudah dibawa dan dicairkan (dijual) di seluruh dunia.
4. Boleh juga disimpan di peti simpanan (safe box).
5. Mudah dipajak di kebanyakan Ar-Rahnu.
6. Boleh dijual semula kepada Public Gold atau mana-mana kedai emas.

Untuk pembelian emas Public Gold secara EPP:


1. Daftar sebagai ahli (percuma) di sini


2. Sebelum membuat pembelian, anda perlu mengemaskini profil dan upload IC untuk tujuan 'stock release'. Login di sistem Public Gold > My Account > Update Profile.


PEMBELIAN MELALUI APP PUBLIC GOLD








PEMBELIAN MELALUI WEBSITE PUBLIC GOLD








Dapatkan Emas Fizikal Klik Sahaja Gambar Dibawah 



@




PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD OUTRIGHT PURCHASE (BELIAN TERUS)

 


Pembelian emas fizikal dan simpanan emas sendiri.


1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet besar melebihi RM1000


2. Sesuai untuk simpanan sendiri di rumah.


3. Mudah dibawa dan dicairkan (dijual) di seluruh dunia


4. Boleh juga disimpan di peti simpanan (safe box).


5. Mudah dipajak di kebanyakan Ar-Rahnu.


6. Boleh dijual semula kepada Public Gold atau mana-mana kedai emas.


Untuk pembelian emas Public Gold outright purchase:


1. Daftar sebagai ahli (percuma) di sini


2. Sebelum membuat pembelian, anda perlu mengemaskini profil dan upload IC untuk tujuan 'stock release'. Login di sistem Public Gold > My Account > Update Profile.


PEMBELIAN MELALUI APP PUBLIC GOLD







PEMBELIAN MELALUI WEBSITE PUBLIC GOLD








Dapatkan Emas Fizikal Klik Sahaja Gambar Dibawah 



@




CARA BERMULA

 


Terdapat 5 langkah penting yang perlu anda lakukan untuk memulakan simpanan emas:

LANGKAH #1: PENDAFTARAN AKAUN PUBLIC GOLD


Untuk pendaftaran percuma, klik link "Daftar Akaun Public Gold" di bawah:

AKAUN DEWASA 18 TAHUN KEATAS

AKAUN KANAK-KANAK BAWAH 18 TAHUN


Isikan borang yang disediakan dengan lengkap.


Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa mengisi borang:


1) Isikan nama penuh di medan "Full Name (As Per IC)". Pastikan sama seperti di kad pengenalan anda.


2) Semak semua butiran dan pastikan semua maklumat betul sebelum klik butang "SUBMIT"



Klik butang "SUBMIT"

LANGKAH #2: VERIFIKASI AKAUN PUBLIC GOLD

Selepas pendaftaran,


1️⃣ Klik pada link website Public Gold

2️⃣ Masukkan No KP (tanpa sengkang) sebagai Username dan Password.

3️⃣ Nombor TAC akan dihantar ke email / sms. Masukkan nombor TAC yang diberikan.

4️⃣ Klik Log in


✅ Nota: Selepas pembelian pertama, anda akan menerima no keahlian PG Code (PG00XXXXXX) sebagai username kekal. Rujuk Langkah #3 di bawah untuk pembelian


LANGKAH #3: PEMBELIAN EMAS PERTAMA

Pembelian pertama perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran atau selewat-lewatnya 7 hari selepas pendaftaran.


Bajet kecil bawah RM1,000?


Kaedah paling baik ialah Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP).


Boleh mula serendah RM100. Bila cukup gram emas dalam akaun, anda boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram (ketulenan 999.9).


Pembelian Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP) juga boleh dilakukan secara Auto Debit.


Duit daripada akaun bank akan dipotong secara automatik dan ditukar kepada emas dalam akaun GAP.


Bajet besar melebihi RM1,000?


Jika anda mahu Public Gold simpankan emas anda secara percuma, cara terbaik ialah Akaun Emas GAP.


Tetapi jika anda pilih untuk simpan sendiri, beli melalui kaedah bayaran penuh. Lebih besar gram, lebih jimat harga per gram.


Bayaran secara bulanan?


Public Gold juga menyediakan pelan bayaran bulanan patuh syariah selama 6 bulan atau 10 bulan (bila ada promosi).


Selepas habis pembayaran, anda akan menerima emas anda.



LANGKAH #4: KEMASKINI PROFILE & BANK INFO

Untuk kemaskini profile dan info bank, klik My Account pada akaun Public Gold anda selepas log masuk.


Skrol ke bawah sehingga anda dapat lihat butang hijau "Update Profile" dan "Update Bank Info"


Kemaskini 1: Butiran Peribadi

1. Untuk kemaskini butiran peribadi, sila klik UPDATE PROFILE
2. Isi semua maklumat yang masih tidak lengkap.
3. Semua maklumat wajib diisi kecuali yang dinyatakan sebagai OPTIONAL
4. Untuk Occupation dan Industry, jika tidak berkenaan, pilih "OTHERS"
5. Untuk Company Name, jika tidak bekerja, tuliskan "TIDAK BERKENAAN".
6. Untuk ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas, sila upload gambar kad pengenalan yang jelas pada ruangan "CHOOSE FILE" iaitu gambar hadapan kad pengenalan pada choose file pertama dan gambar belakang kad pengenalan pada choose file kedua.
7. Untuk kanak kanak berumur bawah 18 tahun, sila upload gambar hadapan dan belakang surat beranak anda.

Selepas selesai, klik request TAC dan TAC NUMBER akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.

Kegagalan untuk melengkapkan kemaskini butiran diri boleh menyebabkan proses tuntutan emas anda kemudian hari terganggu.

Kemaskini 2: Butiran Bank Info

1. Untuk kemaskini maklumat bank, sila klik UPDATE BANK INFO.
2. Isi semua maklumat bank anda kecuali BANK SWIFT CODE (kosongkan).
3. Untuk bank akaun ID, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Untuk bank attachment, masukkan penyata akaun anda. Penyata akaun perlu mengandungi bank header (logo bank), nama pemegang akaun dan nombor akaun bank.


Penyata akaun boleh didapati melalui online banking anda seperti Maybank2u, Cimbclicks dan sebagainya. Contoh penyata adalah seperti di bawah.



Untuk kanak kanak bawah 18 tahun, sila masukkan maklumat bank ibu atau bapa atau penjaga yang didaftarkan. Untuk urusan jualan emas, wang hasil jualan akan dimasukkan ke akaun penjaga yang didaftarkan.


Kegagalan untuk kemaskini butiran bank boleh menyebabkan urusan penjualan atau pajakan emas anda terganggu.



LANGKAH #5: MUATURUN APP PUBLIC GOLD

Download aplikasi 'PUBLIC GOLD' ke telefon anda.


Login akaun Public Gold anda melalui website rasmi atau aplikasi Public Gold menggunakan PGcode anda sebagai username.





Dapatkan Emas Fizikal Klik Sahaja Gambar Dibawah 



@